Lelaki Yang Lahir Selepas 1980 Lemah Sex?





Berita buruk untuk lelaki:  Mengikut satu kajian, lelaki yang lahir selepas tahun 1980 tidak segagah  seperti lelaki yang lahir pada tahun-tahun sebelumnya. 

Mengikut satu kajian yang dibuat di Turku, Finland, pengeluaran sel sperma lelaki makin berkurang dari masa ke masa, berpunca dari peningkatan pencemaran bahan makanan dan persekitaran. Kesannya tidak hanya mengurangi kesuburan, tapi juga meningkatkan risiko kanser prostat dan lemah tenaga sex pada lelaki.

Kajian yang dilakukan pakar-pakar dari University of Turku di Finland menunjukkan, jumlah sel sperma lelaki mulai berkurang sejak akhir dekad 1970-an. Hanya dalam tempoh 10 tahun saja, jumlah sperma yang diproduksi para lelaki mengalami penurunan yang ketara sekitar 30 peratus.

Kajian yang dilakukan di Finland itu mencatatkan jumlah sperma yang dihasilkan lelaki kelahiran tahun 1979-1981 masih sekitar 227 juta/ml. Lelaki kelahiran tahun 1982-1983 menghasilkan sperma 202 juta/ml, sementara yang lahir di atas tahun 1983 hanya menghasilkan 165 juta/ml saja. (Alamak...patutlah generasi sekarang tak ramai anak!)

Meskipun kajian ini dilakukan di Finland, hasilnya diyakini boleh menjadi indikator kesuburan lelaki di seluruh dunia. Selain mengamati produksi sperma yang makin sedikit, para pengkaji juga melihat risiko kanser pada lelaki yang cenderung meningkat mengikut tahun. Dibandingkan pada kelompok lelaki yang lahir di era 1950-an, kanser testis lebih banyak menyerang para lelaki yang lahir selepas tahun 1980-an.

Para pengkaji berpendapat  kedua-dua hal ini disebabkan oleh pencemaran  makanan dan persekitaran yang semakin tak terkawal. Pencemaran yang terus meningkat dari masa ke masa memicu gangguan pada pertumbuhan janin laki-laki ketika masih berada dalam kandungan, khususnya yang terkait dengan sistem reproduksi.

Nota JR: Kepada wanita yang belum kahwin, jika mau lelaki perkasa carilah jejaka yang lahir sebelum tahun 1980!!

(Tulisan ini digarap semula oleh JR dari sumber berita asal dalam BBC News)

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments