Kisah-Kisah Orang Mati Hidup Balik


Rumah mayat..





Korang pernah dengar orang mati hidup semula? Jika ada peristiwa ada yang "mati hidup semula", ia bukan sesuatu yang aneh kerana peristiwa seperti itu banyak kali sudah berlaku. Ada yang bernasib baik "hidup semula" di bilik mayat, ada yang "hidup semula" ketika dimandikan dan ada pula seperti yang berlaku di Indonesia dulu "hidup semula" ketika hampir dikebumikan di tanah perkuburan. 

Bayangkan jika mereka "hidup semula" ketika telah dikuburkan di dalam tanah...apa boleh mereka buat?

Dan hari ini ada dua kejadian "mati hidup semula" yang dilaporkan, yang pertama di Perancis dan yang kedua di Malaysia:


MATI HIDUP BALIK I

BORDEAUX: Seorang wanita Perancis yang diisytihar ‘mati secara klinikal’ di sebuah hospital tiba-tiba sedar semula beberapa jam selepas anak-anaknya enggan mematikan mesin sokongan hayat, semalam.

Sebelum itu, doktor di Hospital Rive Droite sedang menyiapkan peralatan bagi menjalankan rawatan kemoterapi ke atas Lydie Paillard, 60, apabila wanita itu tidak sedarkan diri secara mengejut.

Pengarah hospital itu, Yves Noel, berkata seorang doktor kemudian berusaha menyedarkan Lydie dan dia disambungkan dengan mesin sokongan hayat.

“Selepas berunding dengan pakar perubatan, mereka memaklumkan kepada waris Lydie bahawa wanita itu hampir pasti tidak mampu diselamatkan,” katanya.

Bagaimanapun, kata Noel, anak-anak Lydie enggan memberi kebenaran kepada hospital mematikan alat bantuan hayat itu dan Lydie dipindahkan ke sebuah hospital universiti di barat daya Perancis.

Di situ, kata Noel, doktor menjalankan imbasan dan mendapati sebenarnya otak Lydie belum mati.

(Sumber:HM)


MATI HIDUP BALIK II

SEBERANG JAYA: Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) gempar apabila seorang lelaki yang diisytiharkan sudah ‘meninggal dunia’ oleh pegawai perubatan, secara tiba-tiba hidup kembali, dalam satu kejadian, semalam.
Difahamkan, lelaki berusia 65 tahun itu dikejarkan ke HSJ apabila tidak sedarkan diri selepas terjatuh ketika bertengkar dengan abangnya.
Dalam kejadian di rumah mangsa di Tanah Liat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam, lelaki yang dikenali sebagai Hock bertengkar dengan abangnya berusia 70 tahun sebelum tolak menolak berlaku.

Dalam pergaduhan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke HSJ untuk rawatan.

Menurut sumber, ketika menerima rawatan kecemasan di Unit Kecemasan hospital itu, mangsa didapati tidak bernafas dan berikutan itu, dia disahkan meninggal dunia.

Bagaimanapun, kira-kira 40 minit kemudian, mangsa didapati bernafas semula menyebabkan kakitangan di unit berkenaan terkejut sebelum bertindak menghantar mangsa ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Mangsa tidak langsung bernafas ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan dan kira-kira 40 minit kemudian mangsa bernafas semula,” katanya.

(Sumber: HM)

Related Posts:

Loading...
Comments
0 Comments